• Home
  • About us
  • Produk
  • Perkhidmatan
  • Testimoni
  • Contact

About us

Our Story

AIR KELAPA BUKIT DINDING

Bermula pada tahun 2015, Warung Pekaki U-turn pada ketika itu hanya menjual air kelapa di bawah kanopi yang berukuran hanya 8x8 sahaja. Hanya bermodalkan RM500 pada ketika itu, kami hanya menjual air kelapa sebanyak 30 biji sahaja. Lama-kelamaan jualan air kelapa kami meningkat naik daripada 30 biji ke 600 biji sehari. Berkat usaha & ilmu yang diperolehi, jumlah jualan meningkat dari hari demi hari. Warung Pekaki U-turn yang terletak di Jln 6/27a Wangsa Perdana Sek 6 Wangsa Maju atau lebih dikenali sebagai Air Kelapa Special Bukit Dinding. Tarikan Warung kami adalah menu Air Kelapa dengan pelbagai rasa, diantaranya adalah Air Kelapa Lemon, Air Kelapa Laici, Air Kelapa Gula Melaka & Air Kelapa Madu Lemon yang dijual dengan harga RM6.00 sehingga RM8.00 bagi setiap kole besar. Kami suami isteri memikirkan idea yang membolehkan perniagaan kami untuk lebih maju kehadapan walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi. Keunikan nama Warung Pekaki U-turn adalah diilhamkan daripada persekitaran kawasan warung yang berhampiran kaki bukit & U-turn kebetulan mempunyai pusingan-u dihadapan warung. Maka tercetuslah idea kami namakan sebagai "WARUNG PEKAKI U-TURN". Masa perniagaan diantara jam 8.00am - 7.00pm. Dibuka setiap hari termasuk Public Holiday kecuali hari Isnin & Hari Raya. Kami juga ada menyediakan sarapan pagi, pelbagai menu makanan, minuman panas & kuih muih. Keutamaan kami adalah Kepuasan, Mesra Pelanggan yang berkunjung ke Warung kami pada setiap masa. Terima kasih kepada pelanggan kami yang banyak membantu mempromosikan Air Kelapa ‘Special’ Warung Pekaki U-Turn.

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. By clicking Accept you consent to our use of cookies. Read about how we use cookies.

Your Cookie Settings

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. Read about how we use cookies.

Cookie Categories
Essential

These cookies are strictly necessary to provide you with services available through our websites. You cannot refuse these cookies without impacting how our websites function. You can block or delete them by changing your browser settings, as described under the heading "Managing cookies" in the Privacy and Cookies Policy.

Analytics

These cookies collect information that is used in aggregate form to help us understand how our websites are being used or how effective our marketing campaigns are.